Peserta Big Stage 2023, Putera Muhammad memohon maaf kepada semua penonton yang kurang senang penampilannya pada konsert akhir Big Stage 2023, pada Ahad.
Menurut Putera, apa yang berlaku berada di luar kawalannya memandangkan sebelum persembahan, dia telah mencuba pakaian berkenaan dan tidak memberikan sebarang masalah kepadanya.
“Sebenarnya seluar itu saya dah cuba sebelum persembahan malah siap buat outfit check di hadapan kamera dan semuanya okay tiada masalah.
“Tapi mungkin bila sudah membuat persembahan… dengan mendengar jeritan penonton, lighthing mungkin lain macam.
“Dengan Hype lagi dan mungkin saya bergerak agak ekstrim sedikit daripada sebelum ini maka terjadilah perkara-perkara yang tidak diingini,” katanya ketika ditemui sejurus selepas sidang media konsert akhir Big Stage 5.
Putera yang juga vokalis kumpulan Madam turut menegaskan, keadaan yang berlaku itu juga bukan dirancang.
“Tak adalah, apa yang terjadi itu bukan sengaja rancang atau apa, memang kejadian itu tidak di sengajakan.
“Saya minta maaf kepada sesiapa yang tidak suka. Betul saya memang tidak sengaja,” ujarnya.
Terdahulu, Putera menjadi perhatian netizen ketika mempersembahkan lagu Fantasia Bulan Madu di konsert akhir.
Netizen mengatakan seluar yang dipakai Putera terlalu ketat sehingga menampakan bonjolan membuatkan mereka berasa kurang selesa.
Pentas akhir Big Stage menyaksikan Nadeera Zaini dinobatkan sebagai juara manakala Waode pula diangkat sebagai naib juara.
Manakala tempat ketiga menjadi milik Putera dan membawa pulang RM25,000.
Astro Awani
Mon Jul 10 2023
Putera Muhammad memohon maaf kepada semua penonton yang kurang senang penampilannya pada konsert akhir Big Stage 2023, pada Ahad.
Jenazah suspek serang balai polis masih belum dituntut
Jenazah lelaki yang maut ditembak dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram di sini pada Jumaat masih belum dituntut ahli keluarganya di Jabatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini.
AWANI 7:45 [19/05/2024] - Tamatkan kekejaman | Lelaki cuba rampas submesingan | Ancaman ugutan bunuh
- Lagi balai polis diserang, suspek cuba rampas submesingan
- Anwar desak Amerika Syarikat henti salur senjata kepada Israel
- Teresa Kok terima ugutan bunuh bersama dua peluru hidup
- Gunung Ibu meletus lagi, panduduk tujuh kampung dipindahkan
- Anwar desak Amerika Syarikat henti salur senjata kepada Israel
- Teresa Kok terima ugutan bunuh bersama dua peluru hidup
- Gunung Ibu meletus lagi, panduduk tujuh kampung dipindahkan
JSJK kesan trend iklan produk palsu salah guna imej individu terkenal
Polis menasihati orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dalam melakukan pembelian barangan kesihatan menerusi internet.
Hargai peranan pasukan keselamatan negara - Raja Permaisuri Agong
Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah bertitah bahawa rakyat perlu menghargai peranan pasukan keselamatan dengan lebih berterima kasih.
DAP mahu teruskan legasi perjuangan Karpal Singh
DAP akan meneruskan legasi perjuangan tokoh politik parti dan bekas pengerusinya mendiang Datuk Seri Karpal Singh bersandarkan Perlembagaan Persekutuan.
TPM Fadillah tiba di Bali untuk hadir mesyuarat kepimpinan tertinggi Forum Air Dunia
Datuk Seri Fadillah Yusof akan mewakili Malaysia dalam mesyuarat kepimpinan tertinggi di Forum Air Dunia (WWF) kali ke-10 di sini bermula esok.
Pekan Ulu Tiram perlukan 'peremajaan', tukar imej 'pekan koboi'
Program peremajaan itu perlu bagi meningkatkan lagi taraf ekonomi, pelancongan dan keselamatan di kawasan terbabit.
Polis siasat ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Polis mengesahkan menerima laporan mengenai ugutan terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim pada Ahad.
AWANI Ringkas: Serangan balai polis | Ancaman terhadap Ahli Parlimen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PM gesa AS henti salur senjata kepada Israel
Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Amerika Syarikat (AS) menghentikan penyaluran bekalan senjata kepada Israel serta menggunakan kuasa vetonya untuk menamatkan kekejaman di Palestin.
"Tengok muka depan cermin"- Misha Omar tempelak netizen hina wajah Nadeera
Penyanyi Misha Omar menempelak netizen yang didakwa menghina wajah juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini sehingga disamakan dengan haiwan.
Big Stage 2023: Curi 'spotlight' peserta? Inilah dunia hiburan - Rina Nose
Setiap minggu pasti ramai yang menantikan kemunculan mereka berdua sehinggakan ada sesetengah peminat Big Stage mendakwa mereka hanya mengenali hos dan bukannya barisan peserta yang bertanding.
Big Stage 2023: Isu seluar ketat, Putera Muhammad mohon maaf
Apa yang berlaku di luar kawalan, kata Putera Muhammad.
Big Stage 2023: Menang bergaya, Nadeera Zaini dinobat juara musim kelima
Dengan jumlah markah sebanyak 68, Nadeera Zaini dinobatkan sebagai juara Big Stage 2023.
Finale Big Stage 2023: Ini 10 perkara menarik perlu anda tahu
Malam ini kita akan tahu siapa yang bakal membawa pulang gelaran juara Big Stage 2023.
Big Stage 2023: 'Putera lebih layak' - Firdaus Rahmat terima hakikat tersingkir di separuh akhir
Sudah melakukan yang terbaik dan memperoleh markah yang tinggi daripada juri, Firdaus berkata pada akhirnya ia berbalik kepada rezeki.
Big Stage 2023: Bergelek atas pentas? Itu semua aksi spontan saya - Ajai
Ajai juga mengakui bahawa dirinya sekadar menunjukkan dua sisi berbeza mengikut situasi.
Big Stage 2023: Harapan Dem Lepak Boyz dan Firdaus Rahmat ke minggu akhir musnah
Peserta Big Stage 2023, Dem Lepakz Boyz dan Firdaus Rahmat harus menerima kenyataan langkah mereka terhenti hanya di minggu separuh akhir.
Big Stage 2023: Reda tersingkir, perjalanan Coex baru bermula
Hanya tinggal tiga minggu sahaja lagi untuk melangkah ke minggu akhir namun perjalanan Coex di Big Stage terhenti setakat minggu ketujuh.
Big Stage 2023: Perjalanan Coex berakhir, giliran Nadeera dapat 100 markah
Perjalanan satu-satunya peserta berkumpulan di pentas Big Stage 2023, Coex terhenti setakat minggu ketujuh.